Teya Salat
1. Tuntutlah ilmu sbanyak mungkin,krana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakan menyebut ALLAH drp myebut makhluk. Perbanyakan menyebut akhirat drp myebut dunia.
3. Pilhlah makanan yang halal,krana ia menjamin keshtan dan myebabkn syaitan gerun.
4. Sabar mghadapi musibah adlah sebesar besar erti sabar. Di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah mnunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH. Oleh itu, bersyukurlah krana syukur yg sdemikian setingi tingi erti syukur.
5. Apabila slah seorg antra kaum krabat ataupn jiran dan saudra kamu sakit, kamu prlu rngnkan langkah menziarahinya krana ia disksikan oleh malaikat dan dicntai ALLAH.
6. marah adalah slah satu antra panah panah syaitan yg mgandugi racun. Oleh itu, hndarilah ia spaya kamu dapat mnewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7. kasihanilah anak yatim krana RASULULLAH juga trgolong sbg anak yatim dan beliau akn bersma sama dgn org yg myayngi dan mgshi anak anak yatim di akhirat.
8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kpd ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah, sbgaimana mereka berbuat begitu spanjang hyat mreka. Ia dapat menambah kberkatan umur, mnambah rezeki dan keampunan atas dosa dosa kamu..
banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai org mukmin dan pelindung drp serangan iblis...
10. Takwa adalah pkaian kbesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan..
iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yg cuba merobohkannya. Oleh itu bgi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dgn lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah..
12. Ingat dan zikir kepada ALLAH sebanyak banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketengan hidup dan qanaah..
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya org awam, khusyuk secara batin adlah khusyuknya org pilihan di sisi ALLAH..
14. Kubur adlah phentian smentara bagi mmbolehkan ke satu perhentian lagi yg penuh dgn soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yg adil dan benar mnerusi amal yg benar dan taat kepada al-haq yg tidak berbelah bagi..

10 pesanan Imam Syafie R.A
SEBELUM Imam Syafie pulang
ke rahmatullah, beliau sempat
berwasiat kepada para
muridnya dan umat islam
seluruhnya.Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin
meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat maka
hendaklah ia mengamalkan
sepuluh perkara."
1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur,
mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan
dan berpada-pada dengan
rezeki yang ada.
2: HAK KEPADA MALAIKAT
MAUT
Iaitu: Mengqadhakan
kewajipan-kewajipan yang
tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang
kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan
merasa cinta kepada Allah.
3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka
menabur fitnah, membuang
tabiat kencing merata-rata,
memperbanyakkan solat
Tahajjud dan membantu
orang yang dizalimi.
4: HAK KEPADA MUNKAR DAN
NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta,
berkata benar, meninggalkan
maksiat dan nasihat
menasihati.
5 : HAK KEPADA MIZAN
(NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan,
banyak berzikir,
mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung
kesusahan.
6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN
YANG MERENTANGI NERAKA
PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka
mengumpat, bersikap warak,
suka membantu orang
beriman dan suka berjemaah.
7: HAK KEPADA MALIK
(PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran
takutkan Allah SWT, berbuat
baik kepada ibu
bapa,bersedekah secara
terang-terangan serta
sembunyi dan memperelok
akhlak.
8: HAK KEPADA RIDHWAN
(MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan
Qadha' Allah, bersabar
menerima bala,bersyukur ke
atas nikmat Allah dan
bertaubat dari melakukan
maksiat.
9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas
baginda, berpegang dengan
syariat, bergantung kepada
as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat,
dan bersaing dalam mencari
keredhaan Allah.
10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke
arah kebaikan, mencegah
manusia dari kemungkaran,
menyukai ketaatan dan
membenci kemaksiatan.
Sudahkah anda menunaikan
SOLAH ? Orang yang solah,
telah tegakkan Agama, orang
yang tidak bersolah, telah
runtuhkan Agama.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku
biarpun satu ayat..."