XtGem Forum catalog
1. Semalam - Sudah menjadi sejarah
2. Hari Ini - Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok - Hari yang belum pasti Hisablah hari pertama semoga hari yang
kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal
kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS : 1. Nafas Naik
2. Nafas Turun Hargailah Nafas yang naik kerana udara
yang disedut adalah pemberian Allah
secara percuma dan carilah
keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua
kerana mungkin itu nafas yang terakhir
keluar dari tubuh bersama Nyawa dan
Roh untuk meninggalkan dunia yang fana
ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : 1. Hidup dalam keredhaan Allah
2. Hidup dalam kemurkaan Allah HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : 1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga Ingatlah kecelakaan neraka itu amat
mengerikan dan kita hanya diyakinkan
oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang
salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu
maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran
kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan
puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar
untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama
seorang yang mahu menaiki
kapalterbang tetapi tidak mempunyai
BOARDING PASS