Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman
bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup
dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan
bahawa: Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka
akal pun mengadap kehadapan Allah
S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud : "Wahai akal,
berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T.
berfirman lagi
yang bermaksud : "Wahai akal, Siapakah
aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau
adalah Tuhan yang menciptakan aku dan
aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-
ciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T
menciptakan
nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah
kamu!". Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian
Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan
siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya
dengan neraka jahim selama 100 tahun,
dan kemudian mengeluarkannya .
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku
adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam
neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah
dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman
yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu
mengakui dengan berkata, " Aku adalah
hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan
bahawa dengan sebab itulah maka Allah
S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui
bahawa nafsu itu adalah sangat jahat
oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu
itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal
kita, sebab kalau dia yang mengawal kita
maka kita akan menjadi musnah