Pair of Vintage Old School Fru
Assalamualaikum wbt.
Apakabar? Moga2 kita semua
sihat sejahtera hendaknya
dengan izin Allah swt. Ha,
petang2 Isnin sangat tenang
dan damai ni, sambil2
merehatkan diri seketika
lepas kepenatan bekerja atau
sekolah atau sebagainya, just
nak kongsi bersama dengan
anda semua.. sesuatu yang
mungkin anda dah tahu atau
belum tahu.Ianya adalah
tentang SOLAT DI AWAL
WAKTU. Nak pinjam masa 5
minit anda semua boleh?
terima kasih yeh..:D
Setiap peralihan waktu solat
sebenarnya menunjukkan
perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan
dicerap melalui perubahan
warna alam.
Aku rasa fenomena
perubahan warna alam
adalah sesuatu yang tidak
asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang
fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu
Subuh alam berada dalam
spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau
waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan
komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun
terlewat secara berulang-
ulang kali, lama kelamaan
akan menghadapi masalah
komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu
biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh
dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan
masa) - dalam erti kata lain
jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil
akan rahsia diperintahkan
solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh,
tenaga alam pada waktu itu
berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan
diserap oleh tubuh melalui
konsep resonan pada waktu
rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah
mendapat tenaga yang tidak
optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya
berubah ke warna hijau
(Isyraq & Dhuha) dan
kemudian warna kuning
menandakan masuknya
waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu
ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang
berkaitan dengan sistem
penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai
rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan.
Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat
Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan
menghadapi masalah di perut
dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit
perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan
berubah kepada warna oren,
iaitu masuknya waktu Asar di
mana spektrum warna pada
waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus,
ovari dan testis yang
merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah
kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal
Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang
lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada
waktu Asar ni amat
diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib,
alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh
orang-orang tua agar tidak
berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna
pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-
red) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-
eloknya berhenti dahulu pada
waktu ini (solat Maghrib dulu
la) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh
mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan,
pada frekuensi otot, saraf
dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak,
alam berubah ke warna
Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan
rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan
dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan
selalu berada dalam
kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam
Kegelapan dan sebetulnya,
inilah waktu tidur dalam
Islam.
Tidur pada waktu ini
dipanggil tidur delta di mana
keseluruhan sistem tubuh
berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam
mula bersinar kembali dengan
warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu di mana
ianya bersamaan dengan
frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan
hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit
kembali pada waktu ini dan
dalam Islam waktu ini
dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas
perkaitan waktu solat dengan
warna alam.
Manusia kini sememangnya
telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-
macam kaedah meditasi yang
dicipta seperti taichi, qi-gong
dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk
menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam
sepatutnya bersyukur kerana
telah di ’kurniakan’ syariat
solat oleh Allah s.w.t tanpa
perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap
tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa
Allah s.w.t mewajibkan solat
ke atas hamba-Nya atas sifat
pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia
tahu hamba-Nya ini amat-
amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali
bagi kumpulan manusia yang
amat cuai dalam menjaga
solatnya tapi amat berdisiplin
dalam menghadiri kelas
taichinya
Dari: USTAZ NOR AMIN SAYANI
BIN ZAINAL